Sunday 14 August 2016

SISTEM AHLI

Takrifan:Sistem yang melatih penduduk tempatan mentadbir tanah melayu Idea Dato Onn b Jaafar sewaktu berbincang dengan Si Henry Gurne  Sir Henry Gurney mencadangkan model Kenya selaras hasrat British menjalankan dasar dekolonisasi .Dekolonisasi ialah dasar pemberian bantuan ke arah berkerajaan sendiri secara beransur-ansur kepada tanah jajahan .Sistemahli di harap dapat mengurangkan tekanan daripada Parti Komunis Malaya .Pada Februari 1950,Sistem Ahli dibincangkan antara British dan wakil penduduk Tanah Melayu .Sir Henry Gurney menjemput beberapa wakil dan mereka semua bersetuju dengan Sistem ahli .




KEPENTINGAN SISTEM AHLI


1. Sistem merupakan tapak asas yang penting untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri.



2. Sistem Ahli juga memulakan proses perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu.


3. Sistem ini menggabungkan pemimpin daripada pelbagai kaum yang terdapat di negara ini.

4. Perkara ini merupakan asas penting untuk mene.ntukan kemerdekaan yang bakal dicapai mendapat sokongan seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu. 

5. Sistem Ahli telah memberikan pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan untuk mentadbir dan menerajui kerajaan walaupun masih dikuasai oleh British


PAKATAN MURNI 

Pakatan Murni merujuk kepada hasil usaha semua kaum di Persekutuan Tanah Melayu untuk menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Pakatan Murni merupakan jalan penyelesaian tuntutan dan masalah pelbagai kaum yang sebelum ini berpisah akibat dasar ‘pecah dan perintah’ British.
Usaha-usaha ke arah pakatan murni ialah yang pertama, penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) pada Januari 1949. Pada awalnya, CLC dianggotai oleh dua kaum terbesar di Tanah Melayu iaitu Melayu dan Cina. Orang Melayu di bawah pimpinan Dato' Onn Ja'afar, manakala orang Cina di bawah pimpinan Tan Chen Lok. Pada bulan Ogos, CLC disertai oleh 6 wakil Melayu, 6 wakil orang Cina, 1 wakil dari kaum India, Serani dan Eropah.
Langkah kedua ialah perundingan UMNO-CLC. Pada 1951 Presiden UMNO Dato' Onn Ja'afar mencadangkan pembukaan keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu. Apabila gagal, beliau meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang terbuka kepada semua kaum yang mahu bekerja mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Langkah seterusnya ialah persidangan di antara Gabenor Jeneral Asia Tenggara Sir Malcolm Macdonald dengan Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman pada 1953. Tunku Abdul Rahman kemudian mengadakan konvesyen kebangsaan dan banyak parti politik di Tanah Melayu terlibat dengan konvesyen tersebut. Ia menjadi asas pembentukan Parti Perikatan.
KEPENTINGAN PAKATAN MURNI 
  • Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan.
  • Pembahagian kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.
  • 3 jenis kerakyatan, iaitu kuatkuasa undang-undang, secara permohonan dan secara naturalisasi.
  • Hak istimewa orang Melayu dikekalkan.
  • Agama Islam sebagai agama rasmi Perseketuan Tanah Melayu.
  • Tanah  Simpanan Melayu dikekalkan.
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  • Yang Dipertuan Agung sebagai Ketua Negara.
  • Perdana Menteri sebagai pengurus pentadbiran negara.
  • Pentadbiran bersifat demokrasi berparlimen
Di peringkat negeri, pentadbiran dilaksanakan oleh Menteri Besar dengan bantuan Dewan Undangan Negeri dan EXCO.

Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara Jun-Disember 1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat.[1]
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkanMalayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan.
Antara 1946 - 1948, 11 negeri ini membentuk tanah jajahan British yang dipanggil Malayan Union. Disebabkan bantahan orang Melayuyang dipimpin oleh Dato Onn JaafarMalayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, yang mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja Melayu. Malayan Union dibubarkan secara rasmi pada 21 Januari 1948.[2]
Dalam Perjanjian Persekutuan ini, walaupun negeri-negeri Melayu menjadi negeri naungan British, Pulau Pinang dan Melaka kekal menjadi tanah jajahan. Seperti Malayan Union, persekutuan ini tidak dianggotai Singapura, yang sebelum ini dianggap sebagai sebahagian dari Malaya.
Persekutuan Tanah Melayu ini mendapat kemerdekaan daripada Negara-negara Komanwel British pada 31 Ogos 1957.[3] Merujuk kepada Akta Malaysia 1963SingapuraSarawak dan Borneo Utara (yang dinamakan semula sebagai Sabah) disekutukan dengan negeri-negeri lain yang sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya ia dinamakan Malaysia. Singapura kemudiannya dikeluarkan dari Malaysia dan membentuk sebuah republik sendiri pada 9 Ogos 1965.

TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN 
PERANAN TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN
Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj
Tun Abdul Razak

Beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO dan juga telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebaik sahaja negara mencapai kemerdekaan.
Turut serta dalam perundingan,iaitu menjadi perunding menuntut kemerdekaan pada tahun 1956 di London.
Menjadi perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Merdeka 1957.
Beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal sistem pendidikan kebangsaan negara. Laporan itu dikenali sebagai Penyata Razak pada tahun 1957.
Dilantik sebagai Perdana Menteri Kedua pada tahun 1970.
Juga digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia kerana usaha - usaha yang dilakukan untuk membangunkan negara.
Tun H.S. Lee dan Tan Cheng Lock
Tun H.S. Lee ialah seorang tokoh MCA yang telah memulakan kerjasama kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan. Parti ini telah bekerjasama dengan UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan negara pada tahun 1954.
Parti Perikatan telah bertanggungjawab sehingga negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Beliau merupakan Menteri Kewangan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
Selain itu, Tan Cheng Lock yang merupakan Presiden MCA juga memainkan peranan penting iaitu sebagai penyokong Tunku Abdul Rahman dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Tun H.S. Lee
1. Perjuangan mencapai kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 adalah hasil usaha yang dilakukan oleh
pemimpin masyarakat yang berwibawa dan berdedikasi.

2. Hasil perundingan dan kebijaksanaan mereka,negara kita telah mencapai kemerdekaan tanpa melibatkan
pertumpahan darah.

3. Kerjasama dan perpaduan juga adalah penting bagi membuktikan bahawa walaupun negara kita terdiri
daripada masyarakat pelbagai kaum,kita masih boleh hidup dalam suasana harmoni.

4. Antara tokoh penting yang memainkan peranan untuk mencapai kemerdekaan negara ialah Tunku Abdul
Rahman Putra al- Haj, Tun Abdul Razak, Tun H.S. Lee, dan Tun V.T. Sambanthan.
Beliau menggantikan Dato' Onn bin Ja'afar sebagai Presiden UMNO.
Beliau telah berjaya membawa rombongan ke meja perundingan bersama - sama pegawai British dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan negara.
Beliau juga merupakan Ketua Parti Perikatan dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Kebijaksanaannya mengendalikan pakatan murni antara kaum telah membolehkan negara mencapai kemerdekaan tanpa menumpahkan darah.
Beliau digelar Bapa Kemerdekaan Malaysia

Tuesday 9 August 2016

TOPIK 2 MALAYAN UNION

Seawal 1942, kerajaan British telah menubuhkan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia II tamat. Unit perancangan tersebut dinamakan sebagai Malayan Planning Unit (MPU) dan Diketuai oleh Mejar-General Ralph Hone. Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu selepas perang tamat. Akhirnya selepas semua perbincangan berlaku maka cadangan untuk mencadangkan penggabungan Negeri-negeri Melayu BersekutuNegeri-negeri Melayu Tak BersekutuPulau Pinang, dan Melakamenjadi Malayan Uniondiusulkan, sedangkan Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan yang berasingan.
Rancangan Malayan Union mengekalkan Singapura sebagai suatu tanah jajahan yang berasingan disebabkan ketakutan bahawa penentangan orang Melayu terhadap penyertaan Singapura akan menjejaskan penerimaan rancangan tersebut. Terdapat kesangsian tradisional di kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu bahawa sektor perniagaan Singapura akan menjejaskan kepentingan mereka. Selain itu, pihak British juga takut bahawa pemasukan dasar kewarganegaraan yang liberal akan mengakibatkan ketakutan pemimpin-pemimpin Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar. Bagaimanapun, kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh. Namun begitu tujuan utama British mengecualikan penyertaan Singapura kedalam Malayan Union adalah disebabkan oleh kepentingan ekonominya di Singapura, kedudukan strategik Singapura sebagai pelabuhan utama dan pelbagai lagi faktor yang berteraskan kepada kegiatan ekonomi mendorong pihak British untuk mengekalkan Singapura sebagai kononnya Tanah jajahan London.
Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama untuk pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untuk menyediakan Tanah Melayu terhadap kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu kewajaran kerana pihak British telah pun menandatangani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua negara-negara dunia berhak untuk menentukan dan memerintah negara sendiri dalam erti kata lain 'Merdeka', Maka, pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu mempercayai bahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British. Di mana ia dilihat sebagai satu usaha untuk memanjangkan lagi tempoh penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara berpura-pura berusaha untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sedangkan kuasa pemerintah Tanah Melayu ketika itu, iaitu Sultan-sultan telah pun dilucutkan melalui pembentukan Malayan Union.

BUTIRAN UTAMA MALAYAN UNION 
Rancangan Malayan Union yang akan melibatkan Negeri-Negeri Selat, tetapi tidak termasuk Singapura, akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh seorang Gabenor British. Sultan-sultan Melayu masih akan mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam bidang kuasa yang sangat terhad, iaitu berkaitan tentang agama Islam dan adat Istiadat orang Melayu sahaja. Sebaliknya pihak British akan terus memerintah melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor Malayan Union. Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset negeri-negeri Melayu, kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi sultan-sultan. Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai sultan, Pesuruhjaya Residen akan menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan hanya bertanggungjawab kepada Gabenor. Ini sekaligus menunjukan kedaulatan British di Tanah Melayu. Di mana pihak British bertindak mengawal semua perkara mengenai Tanah Melayu. Dan mereka lebih berkuasa berbanding sebelum pendudukan Jepun.
Skim Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam. Akhir sekali, kewarganegaran Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi kaum dan kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai 'jus soli'.

PERINGKAT MEMPERKENALKAN MALAYAN UNION 

Cadangan untuk rancangan Malayan Union diumumkan oleh Edward Gent, Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, buat pertama kali di Parlimen United Kingdom pada Januari 1944. Wilayah-wilayah Borneo juga dimasukkan dalam rancangan yang asal tetapi kemasukan itu kemudian dikeluarkan daripada cadangan yang terakhir kerana ketidaksediaan pihak kerajaan Borneo yang pada masa itu dan masih lagi berada dalam keadaan yang kurang stabil. Pada musim bunga 1944, Pejabat Kolonial menjemput Sir Harold MacMichael, untuk pergi ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan daripda raja-raja Melayu. Sir Harold Macmicheal bukanlah seorang yang arif tentang Tanah Melayu, beliau tidak pernah berkhidmat di Tanah Melayu. Tetapi kerajaan British yang kerap menerima maklumat salah mengenai Tanah Melayu dan orang Melayu percaya bahawa Sir MacMicheal pernah berkenalan baik dengan beberapa putera-putera dari Tanah Melayu.Pemerintahan Tentera British (BMA) merupakan masa yang paling sesuai bagi MacMichael untuk mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu kerana keadaan ketenteraan amat sesuai dijadikan asas ugutan untuk mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.Beliau hanya mengambil masa selama 22 hari untuk mendapatkan tandatangan daripada kesemua pemerintah Tanah Melayu hasil daripada ugutan yang amat bersesuaian dengan keadaan pada masa itu. Pada 3 September 1945 , ketika pihak British sedang menjalani pendudukan semula di Tanah Melayu, Kabinet British memberikan kebenaran untuk dasar Tanah Melayu yang baru dan bersetuju dengan misi MacMichael.
Memperoleh tandatangan daripada sultan-sultan tidak sebegitu susah seperti yang dijangka. Mac Michael telah bertindak memaksakan sultan-sultan Melayu untuk menerima cadangan-cadangan pihak British dan tidak memberikan masa untuk baginda-baginda berunding dengan majlis masing-masing, malah Sultan yang enggan menandatangani perjanjian tersebut diugut akan digantikan dengan sultan yang lain di atas tuduhan bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia II. Pada 21 Disember, setiap Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai perjanjian yang baru dengan Sir Harold MacMicheal. Bagaimanapun, sebilangan daripada sultan-sultan itu menyatakan keraguan terhadap syarat-syarat perjanjian itu, tetapi disebabkan oleh ugutan yang mendakwa pe baginda-baginda sultan memainkan peranan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayutelah memaksa sultan-sultan itu untuk merelakan Malayan Union untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada pihak British dan mereka juga bimbang akan kehilangan tahta. Tanpa disedari oleh sultan-sultan ini ialah semua perjanjian terdahulu yang mengakui hak kedaulatan sultan-sultan Melayu dimansuhkan. Dengan itu, kepura-puraan pihak British bahawa mereka ingin membantu sultan-sultan Melayu untuk memerintah dihapuskan.

PENUBUHAN UMNO 
Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay Congress) diadakan di di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur. Disertai oleh kira-kira 200 orang wakil Melayu daripada 41 buah persatuan, kongres itu membincangkan pembentukan gerakan nasional Melayu, serta kempen terselaras untuk menentang Malayan Union. Sebuah jawatankuasa dilantik untuk mendraf perlembagaan untuk penubuhanPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Pada 1 Mei 1946, Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor Bahru. Dalam kongres itu, pembentukan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Johor, dipilih sebagai Presiden pertama. Kongres itu juga mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan mendesak bahawa Malayan Union dimansuhkan.



Sunday 31 July 2016

PENGENALAN : PENGAJIAN MALAYSIA

TOPIK 1 


Objektif Kuliah Di akhir kuliah pelajar-pelajar dapat :
Memahami isi kandungan kursus Pengajian Malaysia.
  • Memperincikan perkara-perkara yang perlu dipelajari di dalam kursus Pengajian Malaysia.
  • Membezakan kursus Pengajian Malaysia dengan kursus-kursus lain seperti sejarah dan budaya.
  • Menghayati pengetahuan yang berkaitan dengan Pengajian Malaysia.


LATAR BELAKANG

Kuliah pertama ini cuba memberikan latar belakang mengenai kursus ini.
Kursus Pengajian Malaysia ialah pengajian mengenai masyarakat, sejarah, politik dan ekonomi Malaysia. Pengajian mengenai kenegaraan memerlukan bukan sahaja pemahaman tetapi juga penghayatan sebagai warganegara yang setia dan peka kepada sejarah , perubahan sistem pentadbiran, dasar dan pembangunan negara. Bidang ini lebih merujuk kepada pembinaan negara bangsa.

Sejarah Malaysia 
Negara Malaysia adalah terbentuk pada tahun 1963 apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu membentuk Malaysia. Namun demikian, sejarah negara kita dapat dijejaki lebih kurang 40,000 tahun yang lampau. Dengan demikian bahagian sejarah sebelum Malaysia ini menyentuh tajuk-tajuk seperti :

  • Sejarah awal : Menganalisis zaman-zaman prasejarah sehinggalah pemerintahan Jepun di negara ini.
  • Perjuangan mencapai kemerdekaan. Menekankan bagaimana penduduk negara ini menentang penjajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, samada melalui perjuangan berdarah atau melalui meja perundingan

  • Demokrasi berparlimen. Menumpukan perbincangan kepada bagaimana proses demokrasi berjalan di negara ini dengan penekanan kepada parlimen dan pilihan raya.
  • Raja Berperlembagaan. Membincangkan latar belakang sistem beraja di negara ini, khususnya kedudukan Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
  • Badan Eksekutif. Membincangkan bidang eksekutif (pentadbiran) di negara ini yang diketuai oleh Yang di Pertuan Agong yang menurunkan kuasanya kepada Perdana Menteri, perbincangan juga tertumpu kepada sistem kabinet.

  • Perundangan dan kehakiman. Membincangkan sistem kehakiman dan perundangan di negara ini, dari segi sejarah dan bentuk (jenis).
  • Kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Membincangkan konsep federalisme, latar belakang sistem federalisme di Malaysia dan hubungan kerajaan pusat 
  • (persekutuan dengan kerajaan negeri).
Di akhir ini, para pelajar akan dapat :

  • Menyatakan dengan jelas fakta-fakta sejrah Malaysia tentang kemasyarakatan,pembentukan negera,institusi pemerintahan,pembangunan sosio-Ekonomi dan dasar-dasar Malaysia 
  • Menerangkan dengan betul fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarakatan,pembentukan negara,institusi pemerintahan ,pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia 
  • Menghuraikan dengan tepat fakta-fakta sejarah Malaysia tentang kemasyarkatan sosio-ekonomi dan dasar-dasar Malaysia 
MASYARAKATAN SISTEM SOSIAL MASYARAKATAN MELAYU TRADISIONAL 
 Masyarakat Melayu Di Tanah Melayu Sebelum Campur Tangan British 
Pendahuluan
Masyrakat Melayu tradisional terbhagi kepada 2 iaitu :
  1. Golongan pemerintah 
  2. Golongan diperintah 
Gongan Pemerintah 
  1. Raja/Sultan 
  2. keluarga dan kerabat diraja 
  3. Pembesar
  4. Pentadbir serta ulama istana 
Golongan diperintah
  1. Merdehaka 
  2. Hamba 
Golongan Pemerintah
Raja/Sultan/Yang Dipertuan Besar 
  • Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri 
  • Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri 
  • Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar 
  • Menyatukanpadukan rakyat,memelihara keamanan dan memajukan negeri 
  • Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata 
  • Melaksanakan kuasa kerajaan pusat.Konsep daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa raja 
  • Menjalinkan hubungan luar 
Mempunyai keistimewaan tertentu iaitu 
  • warna kuning hanya untuk raja 
  • Payung putih untuk sultan 
  • Payung kuning untuk kerabat 
  • Menggunakan bahasa dalam 
  • cop mohor diraja 
  • alat kebesaran seperti kendi 
Golongan Pemerintah 
Keluarga Dan Kerabat Diraja 

  • Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja 
  • Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah 
  • Mempunyai gelaran raja,tengku dan wan 
  • Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera